Tuesday, December 28, 2010

:: AKTIVITI KUIZ www.pmo.gov.my ::

Bulan : Febuari 2010
Sasaran : Pelajar Sekolah Menengah..

Ringkasan Aktiviti :
  • Pelajar hendaklah menjawab soalan di bawah dan mencari jawapan berdasarkan laman web http://pmo.gov.my.
  • Antara soalan-soalan kuiz adalah seperti berikut : 
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan “pmo” pada URL www.pmo.gov.my?
  2. Berapakah tarikh perlantikan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri?
  3. Apakah alamat Pejabat Perdana Menteri?
  4. Berapakah tarikh Tun Mahathir bersara dari jawatan Perdana Menteri
  5. Nyatakan nama menteri pengangkutan serta alamat surat menyurat menteri pengangkutan.
  6. Namakan 2 Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
  7. Siapakah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah?
  8. Apakah nama penuh bagi singkatan SMPKE ?
  9. Berikan 3 nama Organisasi Antarabangsa?



                                                                                                                             



Saturday, December 25, 2010

:: AKTIVITI MEWARNA DAN MELUKIS-Mc Paint ::

Bulan: Januari 2010
Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah

Ringkasan Aktiviti :

  • Menggunakan “rectangle”  dan “line tool” untuk melukis rumah pada ruang kosong.
  •  Gunakan “round shape” untuk  lukiskan beberapa biji batu serta gunakan “brush tools” untuk melukis pasir.
  • Lukiskan beberapa biji buih dengan menggunakan “ round shape”.
  • Lukiskan beberapa biji bulatan pada badan Spongebob.
  • Gunakan  “fill tools” untuk mewarnakan air, Spongbobe,Patrick, Gary dan lain-lain.
  • Gunakan “round shape” untuk melukiskan dua biji mutiara di dalam cengkerang.
  • Gunakan “copy” dan “paste” untuk menambah lebih 4 ekor obor-obor.
  • Gunakan “copy” dan “paste” untuk menambah lebih 3 ekor ikan dan kura-kura.
  • Gunakan “save as” untuk menyimpan gambar. Taipkan “Nama Penuh” untuk fail nama.
 






Gambar asal :



Antara gambar selepas diwarna oleh  Pelajar PJL :




:: PETA KE PJL PUNCAK ALAM ::


Lorong Mahkota Impian 2/17, Bandar Puncak Alam Fasa 1,
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.

:: PENGENALAN PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR (PJL) ::

Perpustakaan Jalurlebar (PJL) atau Community Broadband Library (CBL) Bandar Puncak Alam yang terletak di Perpustakaan Desa Bandar Puncak Alam merupakan satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT.Secara tidak langsung, menjadikan ICT sebagai medium penyebaran ilmu dan juga menjana pertumbuhan ekonomi setempat.Projek Perpustakaan Jalurlebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad


 Bahagian Luar PJL


 Ruangan PJL


Perkhidmatan yang disediakan : 
  •  Kenal faham komputer
  • Penggunaan Microsoft Office ( Words, Excel dan Power Point)
  • Penggunaan Internet dan Wifi
  • Cetakan ( photostat dan printing)
  • Latihan dan bimbingan ICT
  Waktu Perkhidmatan :
PJL ditutup pada hari Ahad dan Isnin setiap minggu.